Wednesday, February 23, 2011

Pilihanraya Kampus (UTHM)

Batu Pahat 23 Februari 2011: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tahun 2011 yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan menepati aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasa kualiti dan potensi mahasiswa.

Sebaik simbolik permulaan proses pemilihan disempurnakan oleh Prof Dr. Abd. Aziz bin Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2011 pada jam 9.00 pagi, para mahasiswa UTHM telah bertali arus melaksanakan tanggungjawab mereka memilih teraju kepimpinan mereka.

Pemilihan dijalankan di empat pusat pengundian iaitu Dewan Tunku Ibrahim Ismail juga sebagai pusat penjumlahan undi, Kampus Bandar, Kolej Kediaman Perwira dan Kolej Kediaman Taman Universiti.

Selepas tamat masa pemilihan tepat jam 4.30 petang, seramai 7,120 daripada 9,390 pelajar berdaftar bersamaan 75.85% telah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Proses pemilihan dilaksanakan secara elektronik (e-voting) yang tenyata begitu efisien serta memberi keselesaan kepada para pemilih membuat pengundian.

Pada tahun ini, seramai 23 calon bertanding bagi merebut 10 kerusi umum dan 36 calon bertanding bagi merebut 20 kerusi fakulti di 7 buah fakulti di UTHM (FKAAS 5 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FKEE 8 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FKMP 8 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FPTPK 5 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan, FPTEK 3 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan, FSKTM 3 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan dan PPD 4 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan).

Prof. Dr Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP telah mengumumkan calon-calon yang berjaya pada jam 5.30 petang di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Majoriti calon-calon yang membawa aspirasi kerajaan untuk memperkasakan konsep 1 Malaysia telah berjaya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar UTHM dengan diungguli oleh saudara Mohd. Hafiz bin Ariffin, salah seorang calon popular bagi kerusi umum berjaya mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 4,324 undi diikuti oleh saudari
Siti Nur Izwani binti Mansor 4,053 dan saudari Nur Farhana binti Tajudin 3,885.

Menurut Profesor Dr. Abdul Aziz, "Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan proses pemilihan yang berlangsung pada kali ini. Peratusan pelajar yang turun mengundi juga agak baik dan keberkesanan sistem e-voting telah membantu kita mempercepatkan proses penjumlahan hingga membolehkan kita membuat pengumuman keputusan dalam masa kurang satu jam dari masa pengundian ditutup. Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh mahasiswa yang telah mempamerkan kematangan dalam memilih pemimpin di sepanjang sesi pemilihan pada kali ini."


hehehe...siap highlight g...ha...ni la diri sy skrg...selepas mng PRK ni..hidup sy 100% berubah...dr pergaulan, jadual n len2...huhuhu..nk tau lbih g....nantikan....huhuhu






No comments:

Post a Comment